Ada antara pelanggan Dermags yang mengadu kulit mereka kelihatan kusam selepas beberapa ketika menggunakan Dermags. Selalunya untuk penggunaan dibawah sebulan. Jadi mengapa ini berlaku? Adakah ini menandakan yang kulit kita tidak sesuai dengan Dermags? Adakah ini akan berlarutan? Pertama sekali, mari kita definasikan dahulu apa itu "kusam". Supaya apabila kita bercerita tentang kekusaman, kita bercerita tentang keadaan yang sama. Sebab ada juga yang menganggap kulit berminyak itu kusam, sebahagian yang lain menganggap kulit yang kering itulah kusam. Ini penting supaya kita tidak terkeliru dan mendapatkan nasihat yang salah untuk memulihkan kekusaman. Umpama orang yang mahu buat air sirap tetapi minta nasihat untuk buat sup. Nanti jadi sirap masin! Secara umum, kulit yang kusam ialah kulit yang tidak berseri dan tidak bercahaya. Ya, lawan kepada kulit yang kusam ialah kulit yang GLOWING. Kalau anda tidak pasti samada kulit anda kusam atau tidak, ambil sekeping gamba...
Comments
Post a Comment